Mengapa Digi Gagal Memperbaharui Langganan Internet. Adakah Algoritma Servis Digi Bermasalah?
Harini penulis nak mengadu sikit ke sahabat-sahabat blog penulis berkenaan dgn salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia, Digi. Merujuk kepada Wikipedia, Digi telah bertapak di Malaysia lebih daripada 20 tahun, dan juga merupakan yang pertama untuk memperkenalkan GPRS dan EDGE di Malaysia. Persoalannya sekarang, kenapa Digi suka telan kredit penulis apabila Digi sendiri yang telah gagal memperbaharui langganan internet penulis?
Hal ini membuatkan penulis terfikir, apakah Digi ada masalah dengan Algoritma servis mereka? Terus terang apa yang berlaku semalam ke penulis bukanlah yang pertama. Penulis pernah lakukan aduan pada website Digi berapa bulan yang lalu apabila perkara yang sama berlaku, namun sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas daripada Digi.
Penulis perasan masalah yang sama pernah berlaku apabila kredit penulis tamat tempoh, walaupun kredit melebihi harga langganan. Jadi apa yang penulis lakukan semalam, disebabkan penulis telah gagal untuk memperbaharui kredit secara atas talian, penulis telah melanggan TalktimeExtend. Secara logiknya, jika kredit taman tempoh, internet tidak akan dapat diakses, tetapi disebabkan penulis melakukan TalktimeExtend, internet berjalan seperti biasa dan Digi, tanpa memperbaharui langganan internet penulis, secara senyap telah mengecaj penulis mengikut setiap kilobyte (conthnya 1 sen per 1 kilobyte).
Apabila penulis bangun pada waktu pagi, perkara pertama yang penulis dapati pada telefon penulis adalah satu pesanan ringkas daripada Digi yang mengatakan bahawa Digi telah gagal memperbaharui langganan internet penulis yang bernilai RM4, kerana penulis tidak mempunyai kredit yang mencukupi, padahal kredit penulis pada waktu malam adalah melebihi RM10.
Tempoh kredit semalam (screenshot diambil sebelum sempat diupdate)
Jadi apa yang dimaksudkan oleh Digi apabila ia mengatakan bahawa penulis tidak mempunyai kredit yang mencukupi? Mengapakah Digi pilih untuk perbaharui langganan penulis pada waktu pagi dan bukannya bermula daripada tengah malam? Adakah langganan internet diperbaharui secara manual oleh staf Digi?
Kredit pada waktu pagi (selepas diupdate)
Pada waktu pagi, apabila penulis tambah nilai kredit penulis, secara serta-merta Digi menolak RM4 untuk memperbaharui langganan internet. Permainan apakah yang Digi cuba mainkan? Kalau Digi gagal perbaharui langganan internet kerana kredit yang tidak mencukupi, penulis mempunya kredit melebihi apa yang diperlukan. Kalau gagal diperbaharui kerana kredit tamat tempoh, kenapa tidak diperbaharui sebaik sahaja penulis melakukan TalktimeExtend?
Bagaimana agaknya ye cara Digi mengenal pasti samada penulis mempunyai kredit yang aktif ataupun mencukupi? Tidak cukup ke langganan TalktimeExtend ataupun kluar masuk data daripada telefon penulis menunjukkan bahawa kredit penulis aktif?
Harap Digi lebih peka dengan masalah pengguna, terutamanya yang diadu melalui website Digi sendiri selain daripada Forum. Ambil contoh daripada syarikat seperti Paypal, yang mengambil masa hanya sehari atau beberapa untuk memberi maklum balas terhadap masalah yang diadu.
p.s. penulis juga pernah lakukan aduan apabila Digi masih mengecaj kredit untuk Internet walaupun penulis ada langganan internet yang sedang aktif, dan Digi telah melakukan bayaran balik, terima kasih Digi. Harap Digi lebih peka tentang SOP atau Algoritma yang digunakan pada sistemnya.
Post a Comment