Burger King Buat Gila, Jual Burger Berkonsepkan Sate

Dalam kita melihat restoran-restoran makanan segera lain seperti McDonald's dan KFC mengeluarkan menu berkonsepkan Mexico -- Mexicana Chicken Burger dan Madmex, Burger King pula telah mengeluarkan menu terbaru yang berkonsepkan makanan kegemaran rakyat Malaysia, Sate.

Penulis dah lama cuba burger sate ni, 2 minggu lepas jugaklah. Cuma penulis agak sibuk dan tidak sempat nak kongsikan dengan pembaca semua. Waktu tu kawan penulis daripada Selangor datang ke Pahang, memandangkan dia pun ajak penulis ke Burger King, penulis pun ambil kesempatan untuk tulis sesuatu di dalam blog.

Pertama sekali bila ada keluar menu baru sahaja mesti perkara pertama yang kita tertanya adalah harga, harga bagi Satay Beef dan Tendergrill Burger adalah RM13.80, manakala untuk Satay Double Beef Burger pula adalah RM16.50.

Berbanding set-set lain, set promosi ini datang dengan teh tarik, dan kita boleh pilih samada sejuk ataupun panas tanpa apa-apa cas tambahan. Penulis telah pilih untuk mencuba burger ayam, iaitu Satay Tendergrill Burger sebab penulis memang sukakan sate ayam, terutamanya yang ada lemak-lemak kulit tu.

Dari segi presentation, kita semua tahu kita tak boleh nak harapkan sangat kita akan dapat sebiji macam apa yang kita lihat daripada iklan, jadi jangan berharap sangatlah. Cuma kalau kita nampak burger tu sedih, jangan terus fikir yang burger tu tak sedap, kita kena cuba dulu. 

Apa yang penulis dapat, dari segi presentation agak sedih jugalah berbanding apa yang kita nampak daripada gambar. Tetapi nak buat macam mana kan? Dah kalau namanya fastfood, kenalah fast, kalau nak cantik, jadi slow pula nanti. Jadi apa yang 'sate'nya tentang burger ni? Ayam dan kuah kacang. Terus terang penulis tak pernah makan Tendergrill sebelum ni, jadi penulis tak dapat nak bandingkan antara kepingan ayam pada Tendergrill dan Satay Tendergrill. Tetapi apa yang penulis sendiri alami, memang kepingan ayamnya agak manis seperti diperap, dan yang paling penting sekali, kuah kacang yang menggantikan sos cili tu memang sedap dan melengkapi rasa kepingan ayam tadi. 

Yang bukan 'sate'nya daripada burger ni, mayonis. Belum pernah lagi penulis makan sate dengan mayonis, tetapi kombinasi mayonis dan kuah kacang tadi bagi penulis agak menarik walaupun sedikit pelik, membuatkan kuah kacang tu rasa lebih berlemak. Walaubagaimanapun, bagi penulis yang merupakan penggemar sate, rasanya memang sedap. 

Jadi berbaloi ke tidak RM13.80 untuk sekeping burger sate ayam, teh tarik dan juga fries? Bagi penulis memang berbaloi, memandangkan menu ini merupakan menu bermusim, tambahan pula rasanya lebih sedap berbanding burger Nasi Lemak McD.

Skala Kesedapan: 4.2/5

Post a Comment

To Top