Berbaloi ke Sarapan di McDonald's? Hanya RM5.65 Dengan Menu Pilih dan Padan

Bila penulis rasa macam nak sarapan, dan dalam masa yang sama ada tugasan yang perlu disiapkan penulis suka untuk pergi ke McDonald's. Bukan nak kata yang penulis ni kaya, dan bukan juga niat penulis hendak tunjuk gaya hidup penulis yang mewah, tidak mewah pun sebenarnya sebab penulis cuma keluarkan RM5.65 sahaja untuk bersarapan di McD.

Dah setahun sebenarnya konsep pilih dan padan ini diperkenalkan di McDonald's secara meluas, pada waktu tu harganya RM6 termasuk GST, dan bagi penulis memang berbaloi memandangkan burger Ramly pun sekarang sudah mencecah RM3, tidak termasuk WiFi dan Aircond. 

Penulis punya kegemaran seharusnya Muffin Ayam Rangup bersama dengan hashbrown kalau penulis ke McD pada waktu sarapan. Sejujurnya penulis lebih suka Chicken Muffin yang penulis gelar sebagai parent kepada Muffin Ayam Rangup yang kita kenal sekarang sebab Chicken Muffin menggunakan kepingan ayam yang sama dengan McChicken -- saiznya lebih besar daripada kepingan ayam pada Crispy Chicken Muffin ataupun Muffin Ayam Rangup, dan juga English muffin yang digunakan sebelum ini juga agak rangup berbanding muffin yang digunakan sekarang yang lebih lembut.

Itu pendapat peribadi penulis, pendapat orang lain mungkin berbeza. Suasana yang lebih selesa, dilengkapi WiFi, memang menjadi tempat yang penulis rasa selesa nak makan dan dalam masa yang sama siapkan tugasan kerja. Kalau pembaca semua spesies yang sama seperti penulis, datang sarapan di McD, dalam masa yang sama siapkan tugasan, duduk selama paling kurang 1 jam setengah, nak elak daripada makan makanan yang berat sebab fikir tengah hari nanti nak makan lagi, memang berbaloi makan sarapan di McD.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Mix and Match ataupun Pilih dan Padan, bolehlah ke McD berdekatan. Kalau pagi-pagi tu bangun rasa sendu, tertekan ke ap, boleh juga luang masa di McD sambil baca komik online.

p.s. jangan lupa bawa air sendiri kalau tidak mahu melakukan pesanan bersama air kopi atau teh.

Post a Comment

To Top