Pasar Malam Sungai Isap, Kuantan

Siapa pernah datang ke Kuantan ni, dan pernah ke UTC mesti tahu di hadapan UTC ada jualan pasar malam setiap hari sabtu. Tetapi ramai yang tak tahu ada satu lagi pasar malam di kawasan Sungai Isap, Kuantan. Memandangkan kedudukan pasar yang agak tersorok daripada jalan-jalan utama, penulis sendiri tidak pernah sedar keberadaan pasar malam ni, sehinggalah ada kawan penulis yang memberitahu penulis bahawa memang ada pasar malam di Sungai Isap, itupun 4 tahun selepas penulis dah bertapak di Kuantan ni.

Jadi apa lagi, penulis pun cuba pergi ke pasar malam di Sungai Isap, nak lihat apa yang lain daripada pasar malam lain. Memanglah kita tahu kalau pergi mana-mana pasar malam pun selalunya yang dijual lebih kurang sahaja, tetapi kadang-kadang ada juga 'hidden gem' yang kita tidak pernah tahu sebelum ini yang kita cuma boleh dapat di beberapa tempat sahaja, itulah yang penulis hendak cari.

Kalau kita ke pasar malam mesti ada jual ayam goreng, ayam percik, keropok lekor, dan lain-lain juadah kebiasaan pasar malam. Jadi apa yang istimewanya pasar malam Sungai Isap, Kuantan? Pada pemerhatian penulis, tidak ada satu juadah pun yang betul-betul dapat menarik pemerhatian penulis, tetapi tidak dapat dinafikan masih ada juadah-juadah yang menyelerakan di sini.

Laksa ada, ayam goreng ada, tau fu fa ada, air buah pun ada. Tetapi sudah jadi kebiasaan penulis kalau ke pasar malam mesti akan beli keropok lekor. Kalau di Selangor, penulis selalu beli keropok lekor yang liat bila sejuk, tetapi di Kuantan ada keropok sagu yang lebih lembut walaupun sudah sejuk.

Penulis belum pernah nampak orang jual keropok sagu di pasar malam sebelah barat, hanya di sebelah timur. Jadi siapa-siapa yang giginya sudah tidak kuat, bolehlah cuba keropok sagu di sebelah timur ini.

Ayam goreng pun penulis suka beli kalau ke pasar malam, jangan ingat ayam goreng pasar malam tidak ada 'standard' atau kualiti, ada juga ayam goreng di pasar malam yang jauh lebih sedap daripada ayam KFC pada harga yang jauh lebih murah. Kalau dapat apam balik keping yang rangup tu memang sedap, bagi penulis apam balik keping ni macam crepe orang melayu yang jauh lebih murah daripada yang kita boleh makan dekat restoran atau kiosk hot & roll tu. Itu je lah yang penulis beli waktu ke pasar malam Sungai Isap baru-baru ini, Keropok Lekor, Ayam Goreng dan juga Apam Balik Keping

Bukan ada apa sangat nak diceritakan hari ini, hanya satu perkongsian kepada orang-orang di sekitar Sungai Isap, Bukit Rangin dan Permatang Badak Kuantan, yang tidak pernah tahu kewujudan pasar malam ini, terutamanya pelajar yang menyewa ataupun keluarga yang baru berpindah.

Post a Comment

To Top