Cara Mengatasi Masalah DRIVER_POWER_STATE_FAILURE, Blue Screen of Death

-via wiiare.in
Bagi pengguna Windows, mesti pernah alami masalah Blue Screen of Death (BSOD). Penulis tidak tahu terjemahannya apa, mungkin Layar Biru Maut, tetapi apa pun BSOD ini memang antara perkara yang paling menjengkelkan dalam sejarah penggunaan Windows. Kadang-kadang, tanpa dijemput dia datang singgah sewaktu kita sedang siapkan tugasan atau bermain permainan video dengan kawan-kawan.

Selalunya apabila Blue Screen of Death ini datang menyinggah, penyelesaiannya semudah me-restart Windows tersebut yang selalunya dilakukan secara automatik. Tetapi, bergantung pada ralat yang berlaku, ada kemungkinan kita akan mengalami masalah yang berterusan.

Disclaimer/Penafian: Penulis mengalami kesukaran dalam menukar istilah komputer ke bahasa melayu, pastikan betul-betul faham sebelum mengikut arahan di dalam Blog ini, penulis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kerosakan hasil daripada kerja yang dilakukan berpandukan blog ini.

DRIVER_POWER_STATE_FAILURE

-via thewindowsplus.org
Pada hari ini penulis hendak berkongsikan pengalaman penulis menyelesaikan salah satu daripada masalah yang mengakibatkan penulis mengalami masalah BSOD ini secara berterusan, mengakibatkan sistem pengendalian Windows gagal untuk mula. Dalam kes penulis, selepas skrin but (boot), sistem pengendalian (operating system) gagal untuk mula dan memaparkan BSOD dengan error DRIVER_POWER_STATE_FAILURE.

Jadi macam mana nak selesaikan masalah DRIVER_POWER_STATE_FAILURE yang mengakibatkan Windows gagal bermula berulang-ulang? Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama dan sekarang sedang membaca blog ini, jangan risau. Kemungkinan besar masalah yang dialami berkait rapat dengan driver, di sini penulis akan cadangkan 3 cara penyelesaian.

Bagi memastikan isi blog penulis tidak terlalu panjang, pembaca haruslah mempunyai pengetahuan minima berkenaan Windows. Memandangkan masalah ini menyebabkan Windows kita gagal bermula secara normal. Penyelesaian yang penulis cadangkan hendaklah dilakukan dalam 'safe mode'. 

01 Uninstall ataupun nyahpasang Driver yang bermasalah

Untuk meng-uninstall ataupun menyahpasang Driver yang bermasalah, kita hendaklah bermula dengan mengakses Device Manager. Cara yang termudah adalah dengan mencari dan membuka devmgmt.msc. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil.

Buka aplikasi Run pada windows ataupun tekan windows key dan R pada masa yang sama. Taip devmgmt.msc dan tekan OK.

Contoh driver bermasalah pada device manager, antara driver yang bermasalah mungkin juga bunyi dan grafik.
Cari peranti yang mempunyai masalah, cuba ingat semula apa perkara terakhir yang telah dilakukan sebelum mengalami masalah yang dibincangkan sekarang, kalau kita ada lakukan sesuatu berkaitan driver, kesan driver tersebut pada device manager, right click dan uninstall. Kalau tidak pasti, cuba cari driver bermasalah yang selalunya bertanda seru kuning, right click dan uninstall.

Restart dan lihat samada masalah telah selesai ataupun belum.

02 Menggunakan System Restore

Bagi sesiapa yang dah lama berjinak dengan Windows mesti tahu tentang System Restore. Kalau kita bernasib baik, secara sengaja atau tidak sengaja dalam Windows kita dah ada Restore Point, kita boleh kembalikan keadaan Windows kita seperti keadaan pada waktu Restore Point pada System Restore tu diwujudkan. System Restore ini memang membantu, terutamanya apabila kita sendiri tidak pasti apa masalah yang kita sedang alami. System Restore ni macam kita kembalikan keadaan komputer kita ke masa silam pada waktu di mana komputer kita berfungsi dengan baik.

Apabila kita menggunakan System Restore ni, kita tidak perlu risau dokumen atau file kerja kita hilang, ia akan kekal dan cuma akan memberikan kesan kepada perisian, driver dan updates. Sebagai langkah keselamatan, pastikan komputer kita sudah ada Restore Point, ataupun kita sendiri wujudkan Restore Point supaya suatu hari nanti mudah untuk kita selesaikan masalah yang kita sendiri tidak dapat kenal pasti disebabkan oleh apa. Rajin-rajinlah kemaskini Restore Point setiap kali kita install atau pasang perisian atau software yang penting, sebab kita pun tak mahu kembalikan komputer kita ke keadaan 2 atau 3 bulan lepas dan hilang semua perisian penting yang kita telah pasang dalam tempoh tersebut.

03 Refresh atau Reset Windows

Ini bukan langkah yang terbaik, malah langkah ini akan hilangkan segala perisian yang ada pada komputer. Fungsi ini cuma ada pada Windows 8 dan ke atas. Bagi penulis, langkah ini adalah 'last resort' yang terakhir penulis akan buat, memandangkan penulis tak suka hantar laptop ke kedai, memang penulis akan pertimbangkan langkah ini.

Kalau kedua-dua langkah tadi tidak berkesan, dan kita tidak kisah perisian-perisian yang kita ada hilang, bolehlah cuba refresh atau reset Windows. So apa beza antara refresh dengan reset? Ada perbezaan bagi Windows 8 dan 8.1, tetapi tidak pada Windows 10.

Untuk Windows 8 dan 8.1, kalau kita refresh Windows, fail-fail peribadi, dokumen-dokumen, settings dan juga applikasi daripada Microsoft Store akan kekal, tetapi perisian akan dipadam. Manakala reset pula akan jadikan komputer kita seperti baru dibeli, maksudnya kita akan dapat komputer kita seperti yang kita akan dapat kalau kita hantar ke kedai untuk format komputer kita.

Bagi Windows 10 pula, kita cuma akan ada option atau pilihan untuk reset Windows, tetapi jangan risau kerana kita akan diberi pilihan untuk simpan fail-fail peribadi kita, membuatkan fungsi reset pada Windows 10 tadi seperti fungsi refresh pada Windows 8 dan 8.1.

-via lifewire.com
Pastikan tekan keep my files kalau tidak mahu fail-fail kita hilang pada Windows 10 (hasilnya sama seperti refresh pada Windows 8, 8.1). Tetapi kalau mahukan komputer kita bersih seperti baru format, pilih Remove Everything (hasilnya sama seperti reset pada Windows 8, 8.1). 

Sekian sahaja daripada penulis. Ingat, langkah-langkah yang diberikan penulis dilakukan dalam 'safe mode', penulis harap blog kali ini dapat membantu pengguna-pengguna Windows yang lain, terutamanya yang mengalami masalah yang sama.

Post a Comment

To Top