Tentang Raya, Kampung dan Sungai Bahagian 2
Perjalanan bermula pukul 3:30 pagi, sampai di Pulau Pinang kira-kira 1:00 tengah hari. Lama kan? Lama sebab berhenti sahur di RNR, jem dan nak selesaikan masalah penghawa dingin kereta. Dah biasa dah macam tu, tetapi kalau hari bukan perayaan dalam 4 jam je dah boleh sampai.
Macam biasalah, kalau balik kampung sebelum raya, sempatlah berbuka dan sahur di kampung. Disebabkan penulis pulang ke kampung 2 hari sebelum raya, sempat juga pergi ke bazar Ramadhan kubang semang, ataupun ada juga yang panggil bazar Ramadhan ban busuk.
-via Notamakanan
Kalau penulis balik ke kampung untuk beraya, x sah kalau tk cuba gulai daging batang pisang untuk sahur atau berbuka. Tu antara juadah yang istimewa di bazar Ramadhan yang penulis pergi. Jadi siapa-siapa yang belum cuba, bolehlah cuba makan gulai daging batang pisang baru tahu kena atau tak kena dengan tekak masing-masing. Selain daripada tu, harga makanan di bazar tersebut lebih murah berbanding di Selangor dan Kuantan, dan kemungkinan juga lebih besar daripada harga di sebelah pulau.
-Gulai Batang Pisang Gear Box via Facebook by tikah.rosli
Paling best waktu tunggu raya ni sebenarnya waktu dengar pengumuman raya tu. Yang penulis tk boleh brain (tak boleh faham) sekarang ni, kenapa orang suka sangat hantar ucapan raya sebelum pengumuman tu. Kalau dulu ucapan raya mesti lepas pengumuman ataupun pagi selepas solat hari raya. Penulis tahu kalendar kita dah cukup tepat dah, tetapi tak salah pun acah-acah ignorant tak tahu esok atau lusa raya, barulah boleh acah-acah surprised atau excited (teruja) dengar pengumuman raya kan?
-via Flickr by Sham Hardy
Persediaan raya sederhana sahaja, tak sampai sepasang pun baju melayu, cuma ada baju dan tak ada seluar. Tentang pilihan warna, penulis sendiri tak berapa pasti warna apa, tapi boleh dikategorikan sebagai hijau kut. Selain itu, pada malam atau pagi raya kenalah cuba ketupat dan rendang nenek atau mak dahulu.
-via Flickr by Amir Rashid
Selepas solat hari raya pula, sama seperti tahun-tahun sebelum ini, mesti akan hadirkan diri ke jamuan hari raya yang disediakan pihak masjid yang penulis pergi. Yang jadi tarikan tak lain tak bukan ialah sate dan kambing bakar. Penulis cuma sempat menjamah sate, tak cukup masa untuk menunggu giliran merasa kambing bakar.
Selesai makan, barulah pulang ke rumah nenek untuk beraya dan memohon ampun maaf sesama ahli keluarga sebelum keluar semula untuk menziarahi kubur arwah tokayah, telah menjadi kebiasaan masyarakat melayu pada hari raya untuk menziarahi kubur saudara-saudara yang telah pergi meninggalkan kita. Penulis juga ambil kesempatan hari raya ini untuk meluangan masa melihat keadaan dan perubahan sekitar kampung penulis.
Selesai makan, barulah pulang ke rumah nenek untuk beraya dan memohon ampun maaf sesama ahli keluarga sebelum keluar semula untuk menziarahi kubur arwah tokayah, telah menjadi kebiasaan masyarakat melayu pada hari raya untuk menziarahi kubur saudara-saudara yang telah pergi meninggalkan kita. Penulis juga ambil kesempatan hari raya ini untuk meluangan masa melihat keadaan dan perubahan sekitar kampung penulis.
Apabila semua tadi selesai, bolehlah mula ziarah saudara-mara yang lain. Kalau cerita bab makanan waktu hari raya, memang tak boleh kalah. Puasa sebulan cuma turun berat 2 kilogram, tapi beraya baru 2 hari dah naik 3 kilogram. Penulis rasa makanan yang dihidang bagi setiap negeri ada keunikan masing-masing. Kalau di kampung penulis, Laksa, Bihun Sup, Mee Rebus dan Nasi Berlauk tu kira biasa dihidang pada hari raya selain lemang, ketupat dan pulut. Kalau di tempat lain mungkin ada makanan lain yang jadi kebiasaan dihidang pada hari raya. Bagi kawan penulis yang tinggal di Pahang, dia rasa macam pelik bila beraya tuan rumah hidang Nasi Campur.
-via Flickr by (nutmeg)
Selain daripada bab makanan, ada lagi satu bab yang tk boleh kalah bila hari raya ni, bab bergambar. Boleh kata waktu kedua orang paling suka nak bergambar selepas waktu konvokesyen.
Penulis betul-betul beraya di kampung cuma 3 hari sahaja, hari pertama digunakan untuk mengunjungi saudara-mara yang tinggal berdekatan, hari kedua pula terima kunjungan saudara lain, hari ketiga untuk mengunjungi saudara yang tinggal berjauhan seperti di Juru dan Taiping. Jadi hari-hari yang lain sewaktu di kampung bolehlah rancang aktiviti lain, sebelum pulang ke rumah di Selangor. Beraya di Selangor selalunya mula selepas seminggu beraya, sebab kawan-kawan pun balik ke kampung juga dalam minggu pertama beraya. Tetapi penulis tak tahu samada sempat ataupun tidak penulis beraya di Selangor, sebabnya penulis ada tanggungjawab lain sebagai pelajar dan perlu pulang ke kampus di Kuantan.
Nak tahu apa penulis buat selepas hari raya ketiga, penulis akan ceritakan pada bahagian 3.
Post a Comment