Apakah Scoville Heat Unit? Dan Perbandingan Antara Mi Samyang dengan Carolina Reaper, Cili Padi dan Cili Merah.
-via Pixabay by
Free-Photos
Kebelakangan ini kita mesti sudah perasan bahawa cabaran memakan makanan yang
pedas (spicy food challenge) seakan-akan menjadi satu trend. Di Malaysia,
cabaran yang paling deketahui antaranya memakan
Mi Samyang dan juga Maggi Goreng Pedas Giler.
Kalau kita lihat dari sudut yang lebih global, memang banyak cabaran makanan
pedas telah dilakukan seperti yang kita dapat lihat di dalam YouTube,
contohnya one chip food challenge, hot wings food challenge dan the hottest
chocolate bar challenge.
- Carolina Reaper via
Skynews
Kalau kita lihat, cabaran-cabaran yang telah dilakukan rata-ratanya melibatkan
cili atau lada seperti Carolina Reaper dan Ghost Pepper. Walau bagaimanapun,
daripada pemerhatian penulis, penulis mendapati bahawa spicy food challenge
yang trending di Malaysia tidak melibatkan cili seperti Carolina Reaper.
Persoalannya sekarang, adakah tahap kepedasan spicy food challenge di Malaysia
dapat menandingi Carolina Reaper?
Untuk pengetahuan pembaca, chili oil ataupun minyak cili yang digunakan oleh
mi segera seperti Samyang dan Maggi Pedas Giler, walaupun tidak diberitahu
daripada cili jenis apa ia diambil, ia diperbuat daripada capsaicin, sejenis
komponen aktif yang memberikan sensasi pedas. Selain itu, capsaicin juga
memedihkan mata dan kulit, jadi sesiapa yang potong cili pastikan tak terlalu
meraba-raba cili tu ye.
- Professor Wilber Lincoln Scoville via
ushotstuff
Bagi membandingkan tahap kepedasan setiap cili, kita mesti tahu tentang
Scoville Heat Unit (SHU) yang diasaskan oleh Wilber Scoville. SHU, secara
mudahnya adalah kiraan air gula yang diperlukan untuk mencairkan cili sehingga
tiada lagi sensasi pedas daripada cili tersebut.
Sebagai contoh, SHU bagi Mi Samyang 2x Spicy Hot ialah 8,706 seperti yang
tertulis pada bungkusannya, ini bermakna bagi 1 sudu teh mi tersebut yang
telah dikisar (ataupun juga 1 sudu teh minyak cili, penulis sendiri tidak
pasti SHU Mi Samyang adalah untuk cili yang digunakan ataupun produk yang
telah siap), kita perlukan sebanyak 8706 sudu teh air gula (42.91 Liter) untuk
hilangkan rasa pedas tersebut sepenuhnya ke tahap Lada Benggala yang mempunyai
0 SHU.
Jika dibandingkan dengan Cili Merah (30,000-50,000 SHU) dan Cili Padi
(50,000-100,000 SHU), tahap kepedasan Mi Samyang ni sebenarnya jauh
ketinggalan di belakang, apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Carolina
Reaper (2,200,000 SHU, average atau purata pada 1,569,300 SHU). Tetapi itu pun
kita dah rasa cukup pedas sampai berpeluh. Boleh bayangkan tak apa perasaan
kita kalau kita makan Calorina Reaper yang 180 ke 252 kali lebih pedas
berbanding
Mi Samyang 2x Spicy Hot?
Bagi yang rasa tidak lojik untuk kata Cili Padi 5 ke 10 kali lebih pedas
daripada Mi Samyang, cuba ingat semula apa yang terjadi apabila kita tergigit
1 potong halus Cili Padi dalam makanan yang kita makan. Bagi sebahagian orang,
ianya satu malapetaka yang dahsyat.
@Unknown
ReplyDeleteThanks, and good article you have there. In fact, better than mine.