Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14)

Tanggal 10 Mei 2018 merupakan hari yang bersejarah, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan peralihan kuasa pemerintahan daripada Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia lebih daripada 60 tahun, kepada parti Pakatan Harapan yang diketuai oleh figura terkenal tanah air Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, bekas perdana menteri Malaysia yang ke-4 dan kini merupakan perdana menteri Malaysia yang ke-7.

Berikut merupakan keputusan pilihan raya umum yang ke-14.

Sumber: Bernama

Berikut pula merupakan perbezaan dari segi undian berbanding pilihan raya umum yang ke-13.

Sumber: Bernama

Sebagai rakyat Malaysia, haruslah kita menghormati keputusan pilihan raya yang telah berlalu. Walaupun kita berbeza pendapat dan sokongan, haruslah kita mengekalkan perpaduan dan sentiasa memikirkan apa yang terbaik buat negara.

Pasca pilihan raya ini, sebagai rakyat kita perlu peka tentang apa yang akan diusahakan oleh kerajaan yang baharu ini. Antara yang kita perlu tahu adalah 10 perkara yang akan diusahakan oleh kerajaan dalam masa 100 hari bermula daripada hari pertama pemerintahan.

Perkara ini merupakan antara manifesto yang telah disuarakan oleh Pakatan Harapan sebelum pilihan raya, antara lainnya merupakan 60 janji yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sepanjang 5 tahun pemerintahan, dan ini boleh didapati di dalam Buku Harapan yang telah dikeluarkan oleh Pakatan Harapan.


Penulis percaya bahawa manusia berhak untuk bersifat skeptikal, maka sebarang komen berkenan dengan buku tersebut adalah amat dialu-alukan. Penulis sendiri tidak memilih untuk mudah bersetuju dengan segala perkara yang tertulis di dalam buku tersebut. Berikut merupakan antara janji yang telah dibukukan di dalam Buku Harapan.


Sebelum penulis mengakhiri entri hari ini, penulis hendak mengingatkan supaya kita semua bersabar dan rasional dalam membincangkan isu-isu negara. Yang kita perlukan sekarang adalah politik matang. Bagi negara demokrasi, pemimpin merupakan wakil bagi rakyat, harus kita ingat bahawa perubahan dan masa depan negara kita bergantung pada kita sebagai rakyat, melebihi mereka sebagai pemimpin.

Post a Comment

To Top