Tiada Lagi Senarai Menunggu Untuk Mencuba Penjana Imej DALL·E Beta

Robot ruling over the earth
DALL·E adalah sejenis penjana imej yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan, AI sama seperti Midjourney yang penulis kongsikan dalam satu artikel sebelum ni.

OpenAI, syarikat yang membangunkan DALL·E; melalui pengumumannya pada 28 September 2022 telah memansuhkan senarai menunggu untuk pengguna yang berminat untuk mencuba program beta DALL·E.

Pendaftaran DALL·E

Strains of code in a monitor on a desk
Kita cuma perlu daftarkan diri di https://labs.openai.com/signup, dan selepas pengesahan nombor telefon, DALL·E boleh terus digunakan.

Pada hari pertama pemansuhan senarai menunggu, sudah ada lebih daripada 1.5 juta pengguna yang menjana lebih daripada 2 juta gambar menggunakan penjana imej DALL·E.

Kredit percuma daripada DALL·E
Kita akan diberikan sebanyak 50 kredit percuma untuk bulan pertama, dan maksima 15 kredit percuma untuk bulan-bulan seterusnya. Setiap satu penjanaan menggunakan 1 kredit, dan kredit boleh dibeli pada harga bermula 15 USD untuk 115 kredit.

Fungsi Outpainting DALL·E

A toy robot sitting at the edge of table
Secara asasnya, DALL·E cuma menjana imej dengan nisbah aspek 1:1. Tetapi, kita boleh besarkan lagi gambar yang dijana menggunakan alat "Outpainting" yang diperkenalkan pada Ogos 2022.

Dengan menggunakan Outpainting kita boleh besarkan gambar yang dijana daripada nisbah aspek 1:1 kepada 3:2, 16:9, atau apa-apa saiz dan nisbah aspek yang kita suka. Cumanya, ini akan menggunakan lebih banyak kredit.

Untuk Inspirasi dan Idea

Penjanaan imej rekaan baju menggunakan DALL·E
Jadi siapakah yang perlu menggunakan DALL·E? Penulis syorkan kepada pereka fesyen, arkitek, pelukis, atau sesiapa yang memerlukan inspirasi serta idea yang boleh diolah menjadi lebih baik atau sempurna.

Mungkin ada yang mencari idea untuk corak jersi atau t-shirt, boleh gunakan DALL·E. Cuba tengok rekaan yang dijana apabila penulis menggunakan huraian seperti "black and white dress with anime theme for men".

Gaya Imej Berbeza Berbanding Midjourney

Delicious food on a luxurious table
Secara asalnya, imej yang dijana oleh DALL·E adalah berbeza dengan Midjourney. Tanpa arahan tambahan berkenaan gaya imej atau lukisan, DALL·E akan keluarkan gambar yang realistik, Midjourney pula lebih kepada lukisan digital.

Dari pengalaman penulis menggunakan kedua-dua penjana imej AI DALL·E dan Midjourney, penulis lebih berpuas hati dengan imej yang dijana Midjourney. Tetapi, penulis sangat sukakan fungsi Outpainting yang ada pada DALL·E.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top