Family Mart vs 7-Eleven: Onigiri Salmon Cream Cheese

Onigiri dari Family Mart dan 7 Eleven
Siapa yang dah cukup lama ikut blog penulis, mesti tahu macam mana penulis sukakan makanan Jepun seperti sushi dan onigiri. Penulis pernah juga tulis satu artikel tentang onigiri di Family Mart.

Memandangkan Family Mart dan 7 Cafe, milik 7-Eleven; baru je dibuka berdekatan dengan tempat tinggal penulis, penulis nak bandingkan onigiri dari kedua-dua kedai.

Onigiri Salmon Cream Cheese

Penulis akan bandingkan onigiri berperisa Salmon Cream Cheese, agak-agak mana yang lebih sedap antara Family Mart dan 7-Eleven? Harga di kedua-dua cawangan lebih kurang sama, RM4.50.

Bungkusan Onigiri

Onigiri Salmon Cream Cheese
Dari segi bungkusan, kedua-duanya menggunakan pembalut dan nori yang sama, cuma gambar pada stiker je berbeza. Lebih sukakan tema warna stiker pada bungkusan Family Mart, tetapi nama produk pada bungkusan 7-11 lebih mudah dibaca.

Walaupun kedua-duanya Salmon Cream Cheese, onigiri 7-11 menggunakan perkataan smoked salmon. Jadi penulis jangkakan akan ada sedikit rasa smokey atau salai.

Inti Onigiri

Inti onigiri
Terus terang, kedua-dua onigiri Salmon Cream Cheese dari Family Mart dan 7-Eleven nampak sama je — putih daripada keju krim, oren daripada ikan salmon mentah. Penulis tak pasti kalau ada bahan lain.

Selain daripada rupa, jumlah intinya pun hampir sama banyak. Mungkin juga perasaan penulis, tapi nampak macam onigiri 7-Eleven ada lebih banyak keju krim.

Rasa Onigiri

Bukan sahaja rupa dan intinya hampir sama, rasanya pun seakan-akan sama. Seolah-olah macam kedua-duanya datang daripada central kitchen yang sama, walaupun bukan.

Bagi penulis rasa smokey pada onigiri 7-Eleven tak terlalu menonjol, sebab tu rasa kedua-duanya macam sama je. Lagipun, kalau tengok bahan yang digunakan oleh Family Mart, mereka juga gunakan ikan salmon salai.

Kedua-duanya Sedap

Keratan rentas onigiri
Kalau perlu pilih antara kedua-dua, penulis akan pilih yang mana? Penulis akan pilih mana-mana yang lebih dekat. Sebab rasanya hampir sama, kalau ada perbezaan pun mungkin sikit sangat.

Bonus: 7E Spicy Beef Teriyaki vs FM Triple Cheese Omusubi

Selain onigiri perisa salmon cream cheese, penulis cuba juga onigiri spicy beef teriyaki dari 7-Eleven, dan omusubi, sama seperti onigiri; triple cheese dari Family Mart.

Penulis tak berapa minat dengan onigiri spicy beef teriyaki, mungkin sebab rasanya macam daging yang dicampur dengan sos thai. Penulis lebih sukakan triple cheese omusubi sebab rasanya macam nasi goreng walaupun ada keju.

Ada banyak lagi pilihan onigiri yang penulis akan cuba, di 7-Eleven sahaja ada lebih kurang 9 jenis onigiri — lebih banyak lagi di Family Mart. Perisa onigiri apa pula yang penulis patut bandingkan lepas ni?

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top