Restoran Selera Nogori, Seremban: Banyaknya Pilihan Lauk Untuk Makan Tengah Hari dan Sarapan
Perjalanan yang bermula pada awal pagi selalunya diiringi perut yang lapar, berada di tempat yang asing menyukarkan lagi kita untuk membuat keputusan di mana kita hendak bersarapan.
Dalam keadaan macam ni, penulis akan lakukan carian di Google untuk mencari tempat makan yang menarik di sesebuah kawasan. Kali ni, penulis sedang berada di Seremban, Negeri Sembilan.
Sebelum menyambung perjalanan ke Melaka, ada baiknya singgah bersarapan terlebih dahulu. Penulis tertarik dengan sebuah restoran yang mendapat undian 4.4 bintang di Google Maps.
Restoran Selera Nogori
Terletak di Oakland Commercial Centre, Restoran Selera Nogori menyediakan pelbagai lauk secara buffet untuk pelanggan yang datang. Rata-rata pelanggan memberikan ulasan yang baik.
Restoran ni memang besar. Kalau tak silap penulis, sebesar 4 ke 5 lot kedai. 2 lot untuk kaunter dan lauk, 3 lagi lot untuk tempat makan.
Kalau nak datang ke sini, pastikan datang untuk makan tengah hari untuk rasa gulai atau masakan asli Negeri Sembilan seperti masak lemak cili padi. Kalau datang pagi, mungkin takde masak lemak.
Pilihan Lauk Yang Banyak
Disebabkan penulis datang pada waktu pagi, penulis makanlah nasi lemak. Ada banyak juga pilihan lauk untuk sarapan, contohnya udang goreng, begedil, keli goreng, dan ayam goreng.
Kuih-muih pun ada, cuma pada waktu sampai ke Restoran Selera Nogori dah banyak yang habis. Yang tinggal cuma karipap, kuih nona manis, kuih seri ayu, dan kek pisang.
Untuk penulis, penulis ambil lauk yang simple-simple je. Nasi Lemak telur mata dengan begedil, bagi penulis cukup dah untuk sarapan. Lagipun nanti sampai melaka nak makan lagi.
Sambal sedap, begedil pula besar. Memang puas hati makan nasi lemak di sini. Ada satu lauk menarik di Restoran Selera Nogori yang penulis tak cuba, kulit ayam goreng.
Kalau dapat makan nasi lemak dengan kulit ayam goreng, memang sedaplah. Rangup-rangup dan masin-masin dari kulit ayam tu boleh jadi penambah perisa kepada nasi lemak.
Harga Makanan dan Lauk di Restoran Selera Nogori
Penulis tak ingat harga nasi lemak yang penulis makan, cuma seingat penulis taklah terlalu mahal, masih berpatutan. Boleh tengok senarai harga di bawah (April 2021):
Makanan:
Makanan | Harga |
---|---|
Mee Goreng Nasi Goreng Bihun Goreng Kuetiau Goreng |
2.00 |
Nasi Lemak | 2.50 |
Lontong | 4.00 |
Lauk:
Lauk | Harga |
---|---|
Telur Goreng Sosej 1/2 Telur Masin Begedil Ulam Ikan Masin Goreng |
1.00 |
Tauhu Jepun | 1.50 |
Telur Dadar | 2.00 |
Sayur Goreng Sayur Berkuah |
2.50++ |
Ayam Goreng Ayam Berlada Ayam Berkuah Ayam/Daging Rendang |
5.00 |
Daging Salai Daging Berkuah |
4.00 |
Paru Goreng Paru Berlada Udang Goreng Special |
3.50++ |
Ikan Goreng Ikan Berlada |
4.00++ |
Ikan Berkuah | 4.50++ |
Ikan Bakar | 6.00++ |
Datang Pada Waktu Tengah Hari
Jadi, kalau nak datang ke sini, penulis syorkan untuk datang untuk makan tengah hari walaupun bilangan pelanggan juga lebih ramai. Rugilah kalau datang cuma untuk makan sarapan seperti penulis.
Sesiapa yang bergerak ke selatan bolehlah singgah di Seremban sekejap untuk makan di Restoran Selera Nogori. Boleh juga ke cawangan kedua mereka yang terletak di Jalan Pusat Komersial Saujana 1.
Post a Comment